Wednesday, April 22, 2009

Terma & Syarat Pembelian

Syarat-syarat pembelian runcit adalah seperti berikut :-

1-5 helai baju

1. Pertama sekali sila rujuk carta ukuran yang BlouseKu sediakan sebelum membuat pilihan baju

2. Hubungi Tokei BlouseKu untuk mengesahkan kode baju yang masih berada di dalam stok. Jika baju telah dijual anda akan diberitahu segera.

3. Selepas menerima pengesahan baju masih didalam stok, anda boleh membuat bayaran ke BlouseKu. Selepas pembayaran dibuat tolong maklumkan Tokei dengan menghantar SMS yang mengandungi nama penuh, alamat barangan akan sampai dan waktu pembayaran.

4. Barang akan dihantar pada keesokkan harinya dengan menggunakan Pos Express. Kos penghantaran adalah RM 7.00 untuk jubah RM 7.00 untuk 2 helai blouse yg nipis. RM 5.00 bagi sehelai blouse.

5. Untuk penghantaran dalam kawasan bandar, barangan akan diterima keesokkan harinya atau 2 hari ( hari bekerja ). Bagi kawasan pendalaman terutama di Sabah & Sarawak tempoh penerimaan adalah dalam 3-5 hari
( hari bekerja ).

6. Untuk penghantaran ke luar negara didalam Asia, penerimaan adalah dalam 7-10 hari
( hari bekerja ).

7. Selepas pakaian telah dihantar sebarang penukaran atau pembatalan pembelian tidak akan diterima.
Oleh yang demikian TOLONG cek ukuran dengan betul.

8. Selepas barangan diterima mohon maklumkan kepada Tokei BlouseKu dengan menghantar SMS.